Monday, April 7, 2014

Sambungan 13 Kunci Kebahagiaan Menurut Prespektif Islam



Assalammualaikum..Apa khabar semua Followers Blog Ceritaku : Fitri Aziz ?
Hari ini FA ingin meneruskan penulisan dengan menyambung semula tajuk blog yang tidak lengkap yang lalu iaitu 13 Kunci Kebahagiaan Menurut Prespektif Islam. FA akan menyambung semula bermula nombor 10 hingga nombor 13.

10. Bersabahat dengan Orang Sholeh

Pengaruh kawan sungguh sangat besar. Kerana itu Nabi Saw bersabda : "Perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk adalah laksana pembawa minyak dan pekerja pandai besi. (Muttafaq Alaih)”

11. Yakin perbuatan jahat orang lain akan menjadi kebaikan bagi dirinya maka maafkanlah dia.

Ibrahim Ataimi berkata: "Sesungguhnya ada seorang lelaki menzalimiku maka aku mengasihinya."
Diriwayatkan ada beberapa ulama dan juga banyak orang yang berbuat jahat kepada Ibnu Taimiyah, sehingga beliau dipejarakan di iskandariyah. Setelah keluar dari penjara ada yang bertanya, adakah kamu ingin membalas orang yang berbuat jahat padamu? Beliau menjawab, aku bebaskan siapa saja yang telah berbuat zalim kepadaku dan aku maafkan. Ibnu Taimiyah telah membebaskan semuanya kerana beliau tahu hal itu akan membuatnya bahagia di dunia dan akhirat.
Seorang sholeh mendengar ada seorang yang ghibah atas dirinya. Maka orang sholeh tadi memilih suatu hadiah yang menarik. Pergilah ia kepada orang yang berbuat ghibah itu dan diberikannya hadiah tadi. Ketika ditanya tentang sebab pemberian hadiah itu, dia menjawab, Rasulullah Saw bersabda: "Siapa saja yang berbuat kebajikan atasmu maka berilah dia imbalan. Sesungguhnya anda telah memberikan hadiah kepadaku dari kebajikanmu sedangkan aku tidak punya kebajikan yang dapat aku berikan padamu kecuali kebaikan dunia. " Maha Suci Allah.
12. Berbicara baik, hapuslah perbuatan buruk dengan berbuat kebajikan.

"Dan tidak sama antara kebajikan dan keburukan. Tolaklah keburukan itu dengan sesuatu yang lebih baik." Cuba renungkan wahai saudaraku, pengarahan Tuhan yang agung kepada seorang yang beriman: "Dan tatkala mereka lewat di hadapan permainan dia lewat dengan penuh kemuliaan." (Al Furqan: 72)

13. Selalu Kembali kepada Allah dan Berdo'a kepadaNya

Rasul Saw. telah meneladankan semua itu di antaranya beliau berdo'a: "Ya Allah perbaikilah aku dalam beragama kerana dengan agama itu menjadi ishmah bagi segala urusanku, perbaikilah pula duniaku yang merupakan penghidupanku. Perbaiki pula akhiratku yang akan menjadi tempat kembaliku, jadikanlah hidup ini tambahan bagiku dengan berbagai kebaikan serta jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahatku dari segala keburukan." (HR. Muslim, 17/40). Beliau juga sentiasa berdo'a: "Ya Allah rahmatMu aku harapkan. Janganlah Engkau tanggungkan (kehidupan ini) kepada diriku sendiri, meski hanya sejenak, dan perbaikilah seluruh keadaanku semuanya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau."

Alhamdulillah tamat sudah perkongsian FA mengenai Kunci Kebahagian menurut perspektif Islam. Mudah-mudahan kita mendapat kebahagiaan yang sesungguhnya, bukan angan-angan juga bukan sekedar pembicaraan. Dan kepada Allah lah segala urusan kita kembalikan. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas maklum balas anda!