Sunday, April 6, 2014

Kembali Semula Dalam Dunia Blog



Assalammualaikum..Apa khabar semua pengikut setia Blog Ceritaku : Fitri Aziz ?
Rasanya hampir setahun FA menyepikan diri di dalam bidang penulisan blog ini. Rindu pula hati ini ingin menulis semula dan berkongsi ilmu yang dipelajari. Untuk pengetahuan semua FA sepanjang setahun lebih FA tidak menulis ini kerana FA sangat sibuk dan tidak mempunyai kelapangan untuk menulis. FA ingin meneruskan penulisan dengan menyambung semula tajuk blog yang tidak lengkap yang lalu iaitu 13 Kunci Kebahagiaan Menurut Prespektif Islam. FA akan menyambung semula bermula nombor 5 hingga nombor 9.

5. Dalam Al-Qur'an banyak ditemukan ayat-ayat yang membicarakan kedudukan hati yang lapang, di antaranya :
 "Tuhanku, lapangkanlahn dadaku." (Thaha : 25)
"Bukankah Aku telah lapangkan bagimu dadamu?" (Al Insyirah : 1)
 "Siapa sahaja yang Allah menghendaki akan memberikan padanya hidayah, nescaya Allah akan lapangkan dadanya untuk menerima Islam." (Al An'am : 125)
 "Maka apakah yang Allah lapangkan dadanya untuk memeluk Islam iaitu orang yang berjalan atas Nur dari Tuhannya sama dengan yang beku hatinya?"

Mencari kelapangan dada termasuk tanda-tanda kebahagiaan dan sifat orang-orang yang berbahagia.

6. Berbuat Baik kepada Manusia

Ini adalah fakta. Orang yang suka berbuat baik kepada manusia dialah orang yang paling berbahagia, serta yang paling diterima hidupnya di atas bumi.

7. Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan Akhirat.

Dalam hal ini Rasulullah Saw bersabda: "Lihatlah orang-orang yang di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kamu. Maka hal itu akan lebih pasti untuk meremehkan nikmat Allah." (HR. Muslim). Ini adalah dalam urusan keduniaan, kerana bila kita ingat ada orang yang lebih rendah dari kita maka kita akan mengetahui betapa besar nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Adapun dalam urusan akhirat, maka hendaknya kita melihat kepada orang-orang yang lebih tinggi dari kita, agar kita sadar akan kelemahan dan kekurangan kita. Jangan kita melihat orang yang hancur dan sebab-sebab kehancurannya, tetapi lihatlah orang yang selamat, dan bagaimana keselamatan itu diraih.

8. Tidak tamak dunia dan selalu siap mati.

Syaikh Abdurrhaman As Sa'di rahimahullah pernah berkata: "Hidup itu pendek, oleh kerana itu janganlah dipendekkan lagi dengan lamunan dan perbuatan dosa."
Benar, bahawa hidup ini sangatlah pendek, oleh kerana itu kita harus tidak menambah kependekan itu dengan kebencian, angan-angan yang jahat dan perbuatan dosa.

9. Yakin kebahagiaan hakiki bagi seorang mukmin adalah di akhirat, walaupun di dunia tidak bahagia.

Allah berfirman: "Adapun orang-orang yang berbahagia maka dalam SyurgaKu lah mereka, keadaan mereka kekal padanya selama langit dan bumi dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai suatu pemberian yang tidak putus." (Hud : 108).
Rasul Saw bersabda: "Dunia ini penjara bagi mukmin dan Syurga bagi orang kafir." Tentang hadits ini ada kisah menarik daripada Ibnu Hajar Al Asqalani. Suatu ketika beliau yang nampak berseri-seri didatangi oleh seorang Yahudi yang sedang dilanda kesedihan hebat. Orang Yahudi itu bertanya: "Bagimana anda menafsirkan ucapan Rasul Saw. "Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir? Kini anda tahu, aku dalam keadaan sedih, sedangkan aku kafir dan anda dalam keadaan bahagia, sedangkan anda mukmin?". Ibnu Hajar menjawab: "Anda dengan kesedihan dan kemiskinan termasuk berada dalam Syurga dibandingkan akhiratmu yang penuh dengan seksa yang pedih (kalau kamu nanti mati dalam keadaan kafir). Sedangkan aku (seandainya Allah memasukkan aku ke dalam Syurga) maka dengan kesenangan dunia ini termasuk penjara dibandingkan dengan kenikmatan yang sedang menungguku di Syurga." Orang Yahudi itu menjawab: "Apakah demikian?" Ibnu Hajar menjawab: "Ya." Maka orang itu pun menyatakan: "Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah."

Baiklah sampai disini sahaja perkongsian FA kali ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur FA akan kongsikan lagi 4 Kunci Kebahagiaan Menurut Prespektif Islam. Semoga semua yang membaca mendapat kebahagian di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas maklum balas anda!