Monday, December 5, 2011

Luahan Hatiku Wahai Kekasih

Aku pasti punya masalah
Setiap kali menulis lagu untukmu.
Entah mengapa kuasa cintamu
Lebih hebat dari kata hatiku

Percayalah kerana kasih dan cintaku.
Akan ku jagamu seperti nyawaku,
Selagi kamu dalam dakapan diriku,
Setiap nafasku hanyalah untukmu.

Kekasih,
Selamat datang ke hidupku,
Setiap saat dan waktu, siang dan malamku
Hanyalah kamu dalam hatiku

Ampunkan aku jika pernah berkasar,
Ampunkan aku jika pernah mengherdik dirimu,
Ampunkan aku jika pernah menjerit,
Ampunkan aku jika pernah menyakitimu.

Oh kekasih
Selamat menjadi separuh dari aku.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas maklum balas anda!